Tuesday, 1 August 2017

PERCUTIAN KE NEGERI KEDAH SINGGAH SEBENTAR DI PULAU PINANG-PART 01



Assalamualaikum...
Pertama kali melihat negeri Kedah dan Pulau Pinang, yang pastinya sebuah negeri yang sangat menarik untuk dilawati, perjalanan sejauh 400km ke negeri Pulau Pinang amat menyeronokkan, perjalanan yang ku kira sangat enjoy ketika itu kerana tiada trafik jam, sebelum memulakan perjalanan tadi akak membeli minuman iaitu expresso latte agar aku tidak terlelap di sisi suami hahahah kesian en.suami memandu sensorang tetiba terasa amat zalim membiarkan suami menempuhi perjalanan yang panjang dengan aku lena di ulit mimpi,
Expresso latte sangat berkesan untuk elak mengantuk di sepanjang perjalanan jauh
Sepanjang perjalanan kami hanya singgah di RNR Tapah untuk makan tengahari memandangkan RNR Rawang masih under construction,NA macam biasa lah ke mana mana sahaja ada bekalan makanan yang akak siapkan untuk dia makan disepanjang perjalanan once dia belum diberikan apa apa makanan dari luar.
Bubur kosong dimakan dengan scramble egg  bersama butternut stim. alhamdulillah NA memang suka makan, apa apa jenis makanan boleh licin di hadapnya.
Sesampainya di RNR Tapah, tayar kereta pulak pancit, my HB said "ok tak per, kita makan dulu than baru abang tukar tayar spair dan pergi ke wokshop berhampiran" oh my sweet meweet husband very the cool ever hahahah..dah siap makan tayar pun dah tukar so kami meneruskan perjalanan lagi, di sepanjang perjalanan akak berjaya celik berkat expresso latte.
Pantas sahaja en.suami menukar spare tire dan kami terus mencari wokshop untuk menampal tayar dan menyambung semula perjalanan ke Pulau Pinang
Ini lah kali pertama akak melalui jambatan pulau pinang memang sangat mengujakan dengan pemandangan laut yang luas terbentang, jalan pulak clear langsung tak jam, kami decide untuk ke bandar georgtown mencari hotel untuk berehat sebelum keluar mencari makan malam. First expression setibanya di bandar Georgtown ialah negeri yang bersih dan cantik, Pulau Pinang adalah sebuah negeri perindustrian ke dua selepas Shah Alam Selangor, tak heran lah kiranya bila masuk bandar georgetown sahaja kiri kanan terpandang kilang- kilang selain anak mami berhidung mancung hukhukhuk, kami stay satu malam di hotel central sahaja dan esoknya meneruskan semula perjalanan ke negeri kedah.
Berehat dahulu sebelum mencari makan malam, NA menghabiskan 2 biji pisang sementara mama dan ayah menyiapkan diri untuk keluar
Makan malam kami di padang brown, nak masuk kat sini kena bayar parking rm2 hukhukk, kami mencuba beberap jenis makanan dan minuman saja nak merasa makanan feberet kat sini
Rojak passemboq memang sedap,pilihannya macam yong tau fu ada fisball,fish cake, udang dan macam- macam jenis seafood dicampurkan menjadi rojak
Ice cream kacang dan terselit di situ nasi NA

Bubur nasi pagi tadi, siap-siap diasingkan untuk NA makan tengahari, petang dan malam, kudap kudapan hanya pisang di sepanjang perjalanan
Anak ayah ni, antah apa yg diorang borakkan, mama tgh melantak, dalam pukul 11 Pm kitaorang balek hotel dan terus tidur
Pukul 10am dah chek out mencari brekfast dan kembali meneruskan perjalanan ke negeri kedah

Percutian ini adalah untuk membawa NA mengenali dunia luar, mengajarkan dia hubungan kasih dan sayang kami kepadanya, membentuk dia menjadi seorang yang menghargai apa yang ada disekelilingnya, kehidupan kita memerlukan orang lain,kita tidak boleh hidup bersendirian, semoga NA menghargai semua makhluk yang Allah Swt ciptakan di bumi ini.

Perbualan seorang ayah dengan anaknya yang berumur setahun sebulan

Ayah : sayang happy tak ayah bawa jalan-jalan ni, ayah tau anak ayah happy bila tengok dunia luar kan

Anak : aaaa màamaa yaayàya nen nen mam mam

Ayah : biar lah ayah tak happy janji anak ayah happy di sisi ayah...

Mama : dalam hati berbisik.....syahdu pulak perbualan diorang ni.....


Laut yang terbentang luas disepanjang jambatan pulau pinang menuju ke bandar georgetown

Ketika ini jalan raya lengangj macam jalan tu kitaorang yang punya



1 comment:

  1. Hihi....best sembang ngan anak kan..hehe

    ReplyDelete