KAIN PASANG NUR AQEELA RESEPI TIPS NIAGA LUAHAN HATI

Saturday, 29 July 2017

TIPS DAPATKAN KULIT HALUS MULUS SECARA ALAMI MENGGUNAKAN BAHAN YANG ADA DI DAPUR

Assalamualaikum....

Mimpi apa àgaknya hari ni, sampai buat facial sendiri kat rumah, rasanya masuk dua tahun kot tidak tepek masker dekat wajah, makin tua makin malas merawat wajah...eh jangan tiru gaya ni tak elok, makin tua lah makin rajin wangi 24 jam ya mak mak semua.

Akak Nak bagi tips simple menghaluskan muka menggunakan barangan dapur sahaja, senang nak capai, mudah ingat, jimat dan paling best adalah natural tau, tak dak bahan kimia.

1. Gunakan lebihan teh yang telah digunakan samada serbuk atau uncang sebagai skrub muka, apabila sudah dibuat teh bersihkan dan letak tepi sinki, bila bila masa sebelum basuh pinggan mangkuk, scrub muka dulu dengan serbuk teh tadi, gunakan setiap hari sebaik-baiknya dua kali sehari pagi dan petang pasti hasilnya bling bling muka menjadi putih gebu bak pelakon korea gitu.
ini lah serbuk teh yang digunakan sebagai scrub, ada yang kata biarkan serbuk teh basih dulu sebelum dijadikan scrub tapi bg akak tak perlu kot takut muka korang yang sensitif  naik ruam atau gatal-gatal, akak guna yang dah dibuat minuman dalam sehari dua jer.

2. Tips no 2 gunakan sesudu gula sebagai skrub muka bukan sahaja muka menjadi halus, tapi nampak seweet tau, jangan lupa basuh bersih-bersih pulak kang kena urung semut sebab manis sesangat wajah mulus awak awak semua.
gula pasir untuk sccrub muka

3. Hanya menggunakan telur dan madu untuk masker wajah, yang ni amek putih telur dan gaulkan bersama madu kemudian tepek dekat wajah biarkan kering kemudian basuh bersih dan taraaaaa...muka menjadi bersih mulus macam telur rebus kan.
putih telur dicampur dengan madu untuk dijadikan sebagai masker muka, gaulkan bersama kemudian lulurkan diwajah, biarkan sehingga kering dan basuh

4. Lepas korang dah buat scrub atau masker di wajah, cuba bilas muka menggunakan air sejuk atau tuam dengan air batu pasti rasa segar dan bugar alami gitu.

Itu saja tips kulit halus gebu bak pelakon korea, selamat mencuba u alsss

Betul tak???? ringkas dan senang kan, ok lah akak nak sambung scrub muka lagi menggunakan serbuk teh kerana itu lah rahsia kecantikan akak luar dan dalam huaaaaaa

BUDAK 7 TAHUN MEROGOL SEORANG BUDAK BERUMUR 6 TAHUN

Assalamualaikum...

Tak tau lah nak rasa ape dengan berita mengerikan ini, akak seboleh bolehnya tak mahu membaca berita ini kerana rasa takut, badan lemah menggigil membacanya, namun seorang ibu wajib ambil iktibar agar zuriat kita semua terhindar dari perkara-perkara macam ini. Nauzubillah min zalik (نعوذ بالله من ذلك)

Di sini akak share perkongsian seorang ibu tentang berita budak 7 tahun merogol seorang budak berumur 6 tahun..

Intan Dzulkefli
Hiba rasanya membaca berita anak lelaki sekecil umur 7 tahun sudah melampaui batas hingga merogol anak asuhan ibunya yang muda setahun darinya. Laporan perubatan menyatakan selaput dara anak kecil itu terkoyak. Allahuakbar.
Zaman anak-anak kita harini sudah tidak sama seperti zaman kita kecil-kecil dulu. Begitu naif main petik-petik bunga, main mak-mak. Anak-anak zaman menjelang 2020 ini sangat mudah terdedah dengan perkara yang kita rasakan terlalu advance untuk mereka termasuklah hal seks antara lelaki wanita.
Sebagai ibubapa yang melahirkan anak-anak, adalah tanggungjawab kita juga untuk mengajar mereka tentang kehidupan ini. Anak-anak tak salah sepenuhnya kerana mereka melihat & belajar dari akhlak sekeliling.
Sebagai ibubapa, antara perkara penting yang perlu diambil perhatian;
1) Sentiasa temankan anak-anak kecil semasa mereka memegang gadget & menonton video secara online. Gunakan apps for kids yang akan filter video yang tidak sesuai untuk tontonan anak-anak. Tapis apa yang anak baca, tonton & katakan. Jangan sesekali biarkan mereka bersendirian dengan telefon bimbit ada data serta komputer yang boleh surf internet.
2) Ajar anak tentang perbezaan anatomi bahagian intim antara lelaki & wanita serta fungsinya. Ajar mereka serba sedikit. Jangan fikir anak kita naif, jika kita tidak mengajar mereka, mereka bertanya kepada kawan-kawan, lebih buruk lagi mencarinya sendiri di internet yang tanpa tapisan. Telah di-highlight dalam Islam, ibubapa asingkanlah tempat tidur anak lelaki & perempuan seawal 4-5 tahun.
3) Ajar anak-anak untuk mengetahui bahagian intim (private parts)nya yang tidak boleh disentuh oleh orang lain selain ibubapa. Jangan biar stranger menyentuh sesuka hati kemaluannya, punggung, bibir (mulut) mahupun dada. Tolonglah beritahu anak-anak bahawa mereka & tubuh mereka perlu dihormati, tak boleh memperlakukan mereka sesuka hati. Pesan juga kepada anak-anak kita untuk menghormati orang lain & jangan sewenangnya menyentuh private parts mereka.
Nota tambahan : urusan anak perempuan (seperti mandikan, pakaikan baju dan lain-lain) selepas umur 5 tahun sebaiknya diuruskan oleh ibunya.
4) Ibubapa juga perlulah elakkan diri dari menonton secara online atau menyimpan gambar atau video yang berbau seks. Jika menonton filem non-muslim yang ada adegan ke arah seks seperti bercium, bersentuhan anggota badan & adegan atas katil kalau perlu elakkanlah menonton bersama anak-anak.
Ada kenalan pernah bercerita sebuah daycare terpaksa dibuka halfday sahaja kerana terjadi 1 kes student lelaki & student perempuan 6 tahun hilang dari tempat tidur di kala kawan lain sedang tidur selepas solat. Cari punya cari rupanya mereka berdua dalam toilet sedang melakukan adegan suami isteri. Selepas siasatan student lelaki itu mendedahkan selalu melihat ibu & ayahnya menonton pornografi di TV rumah & menyimpan banyak video lucah dalam telefonnya.
Seperti kes ini, salah anak-anak lagikah?
5) Ibubapa tolonglah jangan berjimak depan anak-anak, walaupun kita rasa anak-anak masih kecil & tidak faham. Jagalah adab, terutamanya jika masih tidur sebilik dengan ibubapa. Kita tak tahu mungkin anak sudah terjaga & menyaksikan semua perbuatan ibubapanya lalu meniru perbuatan tersebut dengan kawan-kawan seumurnya.
6) Pakaikan anak perempuan baju yang sopan menjelang umur 2 tahun. Ada ibubapa yang sedari awal sudah mengajar anak-anak memakai hijab kids. Itu pilihan ibubapa, jika anak-anak suka teruskan. Jika anak belum selesa, jangan pula paksa. Sayang anak kita, sedarlah bahawa dunia tidak lagi naif. Pedophile is everywhere. Sebagai ibubapa kita perlu lindungi anak-anak kita.
7) Last but not least important, anak-anak yang sudah berumur 6-7tahun sudah boleh dididik untuk selektif dalam bersalaman, berpelukan & beri ciuman kepada orang yang dijumpainya. Pada umur begini sudah mula boleh terangkan tentang aurat, malu & bukan mahram (who can you touch, who you cannot simply touch). Memandangkan umur sebegini sudah cerdik & mula solat.
Sangka baik dengan anak mereka anak cerdik solehah. Terangkan secara santai & 'ringan'. InsyaAllah moga Allah beri kefahaman & pelihara mereka.
Tidak boleh tidak, Islam pun sudah berpesan, ibubapa perlulah mendidik anak sesuai dengan zamannya. Maka, sediakanlah anak-anak kita dengan ilmu, precaution yang sepatutnya agar mereka siap untuk menempuhi ujian zaman mereka yang sangat mencabar ini.
.
Setakat pemerhatian saya, inilah perkara yang perlu kita ambil berat & titipkan pada anak-anak. Jika ada yang saya tertinggal jom tambah lagi di bahagian komen untuk kita sama-sama sebagai ibubapa tingkatkan lagi kesedaran tentang pendidikan awal seks kepada anak-anak.
Saya pasti sejahat mana kita sebagai manusia, bila kita melahirkan anak, tidak terlintas langsung di hati kita untuk anak kita menjadi perogol mahupun dirogol. Nauzubillah min zaliq. Maka janganlah sediakan jalan untuk anak-anak kita ke arah itu.
Allahuakbar. Allahumma islih zuriyyati. Ya Allah bantulah kami dalam mendidik anak-anak amanahMu kepada kami. Amiin
Semoga Allah pelihara anak-anak syurga kita.
.
Tolong saya sebarkan parenting awareness ini dengan menekan button "share". Terima kasih.

Friday, 28 July 2017

MOZAIK LANTAI RUANG TAMU MELETUP PECAH BERDERAI

Assalamualaikum...

Alkisahnya...baru baru ini ruang tamu rumah akak meletup, pecah berderai setelah genap 17 tahun diduduki, ketika itu kitaorang baru balek dari berbuka puasa di luar, melangkah saja masuk rumah bunyi letupan yang kuat kedengaran bersama dengan mozaik yang pecah terangkat ke atas. Boleh tahan kuat lah bunyi letupan tersebut sehinggakan jiran sebelah rumah keluar bertanyakan apa sudah jadi...

Melihatkan situasi itu, akak pun fening lalat sambil termenung, bukan risau sebab mozaik pecah, akak sedih ruang tamu tempat tidur yang pecah barai, habis tu malam ni nak tido mana, nampak gayanya tido dalam bilik lah pulak malam ni, ini lah kes nya kalo anak beranak suka bersantai tido di ruang tamu.

Malam tu sehingga pukul 1pm jugak en.suami alihkan serpihan mozaik, sapuh segalah serpihan agar esok paginya NA boleh bermain seperti biasa tanpa ada apa-apa halangan yang membahayakan bagi budak kecil seperti nya yang semua benda nak capai masuk mulut..

Lebih kurang 8'×8' yang habis berderai, so ruang ini lah yang kitaorang kena alas menggunakan karpet supaya bila dipijak tidak mendatangkan bahaya, kaki tidak terluka.

Pinjam gambar google ajer, lupa nak snap foto 

Selesai bab mozaik seketika, cerita pembaikkan kita fikirkan selepas raya pulak sebab kejadian berlaku 2 hari sebelum hari raya kiranya sebulan jugak lah menggunakan karpet sahaja sebagai alas pengganti mozaik dan sekarang sudah bertukar menggunakan mozaik baru. Next story akak cerita pulak ye

Lantai Mozaik pecah dan meletup adalah perkara biasa bagi sesebuah rumah lama kerana bahan mozaik itu sendiri adalah permeable yang mana ia boleh menggelembung dengan penyerapan kelembapan yang tinggi disebabkan oleh pengembangan, tekanan ini lah yang menyebankan lantai merekah serta pecah dan akhirnya meletup selain dari pemasangan lantai tidak mengikut spesifikasi yang betul so korang yang mengalami benda sama jangan risau ia perkara biasa jangan pulak korang rasa terkena santau angin tetiba mozaik meletup huk huk huk.

Itu lah kisahnya lantai ku pecah berderai, ada masa nati akak cerita berkaitan pemasangan mozaik yang kemas dan tak comot..

Sharing is caring...



Thursday, 27 July 2017

DISCOUNT BESAR-BESARAN DI BULAN SYAWAL

Assalamualaikum

Hari pertama raya baru-baru ini (June 2017) akak menerima terlalu banyak wasup dari custmer, mereka gembira dan berpuas hati memakai baju-baju raya menggunakan kain pasang yang dibeli dari kedai online akak, sampai kan masa raya pun busy dengan wassup. Akak pun happy bukan kepalang sehinggakan membuat discount besar-besaran bulan syawal, bila baca wasup mereka memang seronok semangat nak menjual terus melonjak ke tingkat paling tinggi tau, happy happy la la la la

Banyak-banyak gambar-gambar custmer kan, gambar ini yang menarik perhatian kerana gambar pernikahan ini sangat cantik dan dia berani menggunakan rona terang kebiasaan kita hanya suka menggunakan warna putih dan cream semasa akad nikah betul tak???? eh tak betul yeee.. namun dia menggunakan warna mint green yang sedikit terang tetapi tetap cantik dan penuh keyakinan.
cantik tak dia menggunakan kain dari material como crepe berwarna mint green 

so sweet gitu...

Kain pasang yang digunakan adalah dari material como crepe, material jenis ini amat sesuai untuk semua design baju dan yang paling penting juga sesuai dengan sebarang bentuk badan kata orang jenis kain yang tak cerewet hahahaha kain pun kalo tak kena dengan gayanya boleh jadi cerewet tau..

Kain-kain ini salah satu therapy kegembiraan akak, ia juga satu hobby dan kerjaya santai-santai di rumah sambil jaga anak dan keluarga, memang menyeronokkan dan sekarang akak nak kembali active setelah dua tahun mengurangkan aktiviti berkaitan kain pasang ni, NA pun dah setahun lebih so akak boleh lah drive membawa NA Tanpa ditemani suami. 

Sebagai permulaan akak mengajar NA duduk dalam kereta menggunakan safety belt tanpa car seat, walaupun suami seperti berat memberi kebenaran namun akak rasa ini lah masanya untuk NA belajar. Harapnya dia boleh duduk diam dalam kereta,tidak seperti kebiasaan bila bersama kami, memanjat bak spider girl.


tengok anak dara serang ni, memang suka memanjat kan, ini lah tempat feberet dia, hati-hati sayang,mama bagi manjat setinggi mana pun NA boleh sebab mama ada di belakang memastikan awak selamat.
Kalo korang mahu cuci mata melihat koleksi kain pasang kami boleh klik jer banner dibawah ni nati korang like jer fb cotton murahdancantik


Ok lah sampai sini dulu cerita kita ada masa terluang kita borak-borak lagi ye....byeee


sharing is caring........

JOM BERKONTES BY NIEZA

Assalamualaikum


Alhamdulillah dapat jugak join jom berkontest by Nieza, selama ni tak sempat pun join contest rakan rakan bloger yang lain, harap akak terpilih lah sebagai salah seorang pemenang hihikhik.

Mari lah rakan rakan semua kita meriahkan contest Nieza ya lagi pun syarat dia amat amat lah senang 

Ok selamat mencuba

Sharing is caring.......

Wednesday, 26 July 2017

HABUK OH HABUK NYAH KAU DARI HIDUP KU

Assalamualaikum....

Sudah lama rasanya bergelumang dengan permasalahan debu debu cinta ni, sampai ke sudah belum ketemu penghujungnya harap kali ni settle lah masalah debu di rumah kami ni.

Punca debu atau habuk adalah daripada kain-kain pasang yang kami jual, akak kan penjual online kain pasang so kain yang berkayu kayu tu letak nya di tingkat atas rumah, bilik no 1 dan 2 memang bilik tidur mereka lah tu, master bedroom tetap bilik kami namun tak berpenghuni, kami lebih aman damai tido di tingkat bawah.huhuhuhu bukan apa senang nak makan bila lapaq tengah tengah malam hihihih

Kembali pada cerita debu debu cinta tadi,oh Tuhan rumah atas bawah berhabuk, setiap hari tak boleh miss menyapu mop atau vacumm, kalo tak, kesian NA menghirup udara padang pasir..

Macam-macam solusi untuk memudahkan akak menyahkan habuk dengan lebih cepat dan mudah, satu cara ialah dengan mop basah segalah habuk dilantai kemudian sapu supaya habuk tidak berterbangan.

Selain itu akak menggunakan air filter dari coway,ok lah bukan sahaja penyedut habuk tetapi bau bauan pun disedut terutama bau masakan once kitchen hook akak macam tak berfungsi langsung bunyi je kuat satu taman dengaq tapi hasilnya sakit telinga, dengar cerita air filter baru dari coway dah kuar, mungkin lebih baik fungsinya kot
Bagi akak sangat bagus untuk ruang yang tidak luas macam bilik atau ruang tamu size sederhana
Ramai yang kata guna vacum jer senang lebih mudah membuang habuk, memang senang kot bagi vacum yang ringan dan tak da bunyi bising hihihi, NA bila dengar jer bunyi vacum menjerit macam nampak momok, bila brentikan vacum dia pun brenti nangis hadoiiii akak pulak sambung nangis nengoknya,  yang tak boleh bla kan bila dia suka merangkak ke dapur sorang-sorang bila akak panggil makin laju dia merangkak, akak pun on kan jer vacum dia terus patah balek meraung hahahah...
Vacumm ini lah yang semangat NA lari bila start berbunyi, tak guna sangat vacum ni sebab berat satu hal.
Selain itu akak menggunakan spray mop floor swipe cleaning beli dekat lazada dalam rm38 tak silap tapi malangnya baru nak guna tetiba bekas air tu patah so akak pun patah hati naik guna.
Bekas air untuk spray tu lah yang patah so tak boleh guna lah ia,
Yang terkini pula akak menggunakan easy sweeper yang menggunakan disposal wet wipe dari cosway, yang ini memang best lah sebab habuk kecil dan besar melekat dan tidak berterbangan bila mop dan sapu, bukan habuk jer melekat dengan rambut yang banyak dekat lantai pun bersih habis senang kerja mak mak..
Begini lah kejadiannya bila habuk tebal, tisue tu boleh lah buang dan ganti yang baru, harga easy sweeper ni dalam rm28 sekalli dengan batang dan disposal tisue.
Untuk refill tisue tu akak beli jenama scoth brite, kualiti lagi bagus dan lekatan habuk pun lebih baik dari cosway.
Ok lah u allllssss sampai berjumpa lagi di cerita lain pulak..

Sharing is caring...

Tuesday, 25 July 2017

SUKARNYA MENCARI TUDUNG YANG SERASI, AKHIRNYA TERBELI DARI SPAIN

Taraaa nampak macam pakai tudung bawal kan, memang senang nak bentukkan dia, size besar pulak tu menutup bahagian dada dan mudah untuk mak mak yang masih breat feed
Assalamualaikum....

Banyak-banyak cerita di bulan ramadhan (jun 2017), cerita tudung yang akak seronok nak share, alkisahnyer akak membeli tudung dari spain urope huhuhhhh kejap-kejap lagi kita story morry kenapa dari spain

Sejak memakai hijab 5 tahun lepas akak belum terjumpa lagi sejenis tudung yang selesa di pakai, citarasa akak lain macam sikit, nak yang simple dimple ajer pastinya tak intrend langsung...

Datang lah lofa hijab,burung hantu hijab,fareeda atau ariani yang lawa cun melecun itu tapi akak tak berkenan, kalo beli pun pakai sekali dua dan akan menjadi hadiah kepada anak-anak buah.

Satu hari tu akak ter cuci mata dekat website ZALORA tetiba ternampak scarves yang secara mata kasarnya selesa dan bersize labuh dari koleksi MANGO harga pun kira ok lah tak mahal dan tak murah rm59 inc.postage so akak tak berfikir panjang dan terus membayarnya, alhamdulillah ia tak mengecewakan, sangat selesa dan yang paling penting size 180cm x 100cm dan kesimpulannya akak pun jatuh cinta lah dengan tudung sepertinya.
harga zalora rm59 free pos
harga website MANGO rm59 + rm40 postage
Bulan ramadhan baru-baru ini akak cuak sedikit kerana design tudung raya tidak terfikir lagi,pening jugak mikirin masalah tudung ni, Malas nak fikir panjang akhirnya akak decide  mahu menggunakan scarves dari koleksi MANGO sahaja, dan kebetulan ketika itu website MANGO Malaysia pula tengah sale, koleksi scarves yang menarik pun memang banyak namun malangnya postage cost rm40 untuk sehelai tudung, mahal giler u allssss manakala harga sale sehelai scarve rm39 yang harga asalnya rm59 kiranya postage lebih mahal dari harga tudung jikalau nak free shipping kena beli barang rm400 ke atas, akak nak beli 2 3 helai ajer lingkungsn harga rm100. haduiiiiii fening fening mak

Penat memerah otak akhirnya minta suami tercinta menemani ku mencari outlet MANGO, bila ke Alamanda dukacita kedai dia dah tutup selama-lamanya,IOI putrajaya mmmmmm malangnyer outlet MANGO tak wujud lagi dan yang terakhir outlet sunway piramid lagi malang kedai nyer besar tapi tak dak jual scarves..nangissssss

Ok lah beli online jer jawabnye, beli lah semua scarves sehingga rm400 untuk dapatkan free shipping, so dapatlah 6 helai scarves dan 2 helai baju NA, bila dah bayar email pun sampai,katanya bungkusan itu akan sampai dalam 5 hari waktu bekerja, dalam hati kata pasai pa lambat sangat kawasan KL jer pun, than dapat satu email lagi untuk tracking no, bila akak track ingatkan salah no. dua kali jugak confirm that tracking no sebab location penghantaran adalah dari Spanyol, biar betul ingatkan scarves tu semua dr KL, patut lah tak jumpa dekat outlet hari tu rupa-rupanya from spain uhuuhuhkkkk.

Monday, June 19, 2017 at 17:17Origin Service Area:
         BARCELONA - PALAU DE PLEGAMANS - SPAIN
Processed at BARCELONA - SPAIN
Destination Service Area:
      KUALA LUMPUR - BANDAR SRI KEMBANGAN - MALAYSIA






Taraan happy nye mak mak dapat tudung, rasa hati berbunga-bunga, material sangat mak suka sebab jenis sejuk macam kat dalam tudung ada aicond


Betul u allsss senang nak bentuk bila pakai, scarves ni ala -ala tudung santai-santai dato vida hahah serious cakap dato vida kalo lepak santai dia suka guna scarve mcm ni dan akak pernah komen dekat wall fb nya merayu simpati agar dato vida sudi menghadiakan scarve yg dia pakai kepada ku namun hampa dia tak baca pun hahaha
itu lah ceritanya berkaitan tudung raya, korang kalo ada tudung best dan murah mai lah share kot kot berguna untuk wanita sejagat penghuni alam seperti ku..


Perbualan antara suami dan isteri, si isteri meminta izin untuk membeli tudung online

Isteri: Abang....syg nak beli tudung size labuh tau, sebab senang bila NA menyusu, tak perlu gunakan nursing         cover
Suami : beli lah sayang..sebesar cadar pun tak apa.....
Isteri: haikkkk perli keer aper tu?????



Thursday, 20 July 2017

PENANGAN KOPI EXPRESSO MEMBAWA KEKUATAN LUAR BIASA

Assalamualaikum...

Dah pukul 1.30am mata akak tak menampakkan keinginan untuk ngorok enteng, ini mesti sebab penangan kopi mahal pukul 9pm tadi., feberet akak emmang nya coffee expresso sepahit peria oh memang segar bugar badan akak bila dapat lepaskan gian minum kopi

Tak sangka pula coffe ini juga sebagai milk booster akak, tapi jenis expresso diminum panas- panas lain jenis tak dak maknanya nak milk booster.
Haaa sepertinya kecik kecik tapi boleh membawa kekuatan luar biasa sehingga dapat mengupdate blog auuummmm
Tak selalu pun dapat minum kopi ni namun sebulan tu kena minum jugak bagi melepaskan rindu dengan aroma coffee, biasa akak beli dekat R&R nilai bila balek kg, singgah minum- minum bersama suami, harga rm4 secawan cinonet tu harga yang termurah berbanding tempat lain.

9pm tadi akak beli dari secret resepi rm8+ secawan cinonet,sekali ngap je habis hahaha, sebenarnya kena minum perlahan-lahan sambil hisap cerut, baru feel.....akak minum laju sebab mata dan mulut NA tajam memandang tepat kepadaku nak jugak ler tu, sebelum dia nangis baik akak habiskan cepat.
Minum panas-panas baru menjadi milk booster


Starbuck juga yang paling best se best harganya, paling mahal akak beli rm24 expresso ice blended yang ber topping kan ice cream namun ini bukan milk booster akak may be sejukkkkk, nak bg tau lah ice cream dia memang sedap, sekali minum sentiasa nak lagi
Oh yang ni ku lupakan dulu sehingga NA berumur 2 tahun, dia bukan milk booster hakak, jangan cuba-cuba nak minum kali ke dua ok bye

Masa kecik-kecik dulu, selalau tengok arwah mak minum kopi pahit tu (long black coffee) kiranya fberet drink mak lah, tapi kitaorang tak di bagi merasa alasan nya nati sekolah tak pandai, bila dewasa ni baru akak realised that itu hanya mitos semata mata kebodohan tak berkait lansung dengan minum coffe, sebenarnya dia tak bagi minum disebabkan oleh kandungan kafen dalam kopi itu boleh menggangu tumpuan kanak-kanak dalam pelajaran.

Ramai yang kata mak mak yang breast feed tak elok minum kopi nati anak sukar tidur, namun NA kalo dah ngantuk minum kopi seteko pun dia lelap jugak munkin ia bergantung dengan seseorang namun jika dengan kuantiti sederhana dan tak berlebihan rasanya tidak mengapa.

Akhirnya berjaya menulis malam ni terima kasih expressso coffee, kalo perasan font kecik besar kecik besar je,ini kerana akak menggunakan samsung tab update blog disebabkan oleh desktop telah beralih kedudkan ke tingkat atas, so paham-paham lah bila tab ni nak edit pun terkehel jari jemari akak.

Ok semua bye....jupa lagi 

Tuesday, 11 July 2017

KEMBALI BERSIARAN DI BULAN SYAWAL

muka seronok nak balek kg, tgh tunggu boarding 


hai hai hai semua, assalamualaikum salam ku ucapkan dan salam syawal untuk semua sahabat handai sekalian yang jauh mahupun dekat muheeee.

lamanya tak menghupdate blog, dekat dua bulan kot, sebab apa tak lain tak bukan fenat giler melayari ramadhan dengan seorang anak yang active merangkak dan memanjat bak spider-girl.

cerita ramadhan, alhamdulillah dapat menghabiskan sebulan puasa dengan lompang 3 dengan sebab tak bersahur dan anak demam, macam manja jer kan sebab tak puasa, ada anak breast feed lain tau bukan sebab diri sendiri sebab anak yang  meragam susu sikit jer kuarnyer...yang dah jadi mak mak pasti paham..

cerita raya pulak, alhamdulillah 11 hari balek kampung tawau sabah, sungguh meriah dan kesimpulannya balek raya tak yah hangkut semua baju dalam almari kang tak terpakai, buat berat beg jer nasib baik lah MAS airline sangat best tak kesahnya exceed luggage.
gambo ayah ngan anak je lah gambo mama tak dak 

gambo awak je lah anak..rambut ikat pokok kelapa 


cerita selepas sampainya di KL, oh my kain pasang rm10k sales nak pos out dalam masa sehari, pitam seketika namun alhamdulillah berjaya jugak walaupun ada yang tercicir pos.

kesimpulannya syukur alhamdulillah masih ada masa lagi untuk hari ini menjenguk blog moga makin sensasi dan terkini blog akak ni... aminnn


sekarang ada offer kain pasang sehingga hujung bulan ni memang kaw kaw offer lebih murah dari market terbesar KL




copyright RESERVED For LULU MATZAM | Template Design By SIS HAWA

Recent Comment

FOLLOW ME