KAIN PASANG NUR AQEELA RESEPI TIPS NIAGA LUAHAN HATI

Wednesday, 26 April 2017

TARIK RASMI HARI IBU DAN BAPA SERTA HUKUM MERAIKAN

Assalamualaikum...

Bagi anak-anak yang sentiasa mengahargai pengorbanan ibu bapa pastinya tarikh hari ibu dan bapa menjadi ingatan hingga kini kerana ini adalah salah satu acara kasih sayang untuk mereka, berkumpul beramai ramai sambil menjamu selera.

Munkin ada dikalangan kita yang terlupa tarikh sebenar hari ibu dan bapa, oleh itu sebagai peringatan untuk diri sendiri dan semua, seperti tahun-tahun sebelumnya di Malaysia hari ibu disambut pada ahad kedua bulan mei setiap tahun manakakala hari bapa pulak disambut pada ahad ketiga bulan jun setiap tahun.

Tarikh rasmi hari ibu 2017 di Malaysia jatuh pada 14 Mei 2017 dan hari bapa pula pada 18 Jun 2017.

Sebenarnya bagi menghargai jasa kedua ibu bapa, tidak perlukan tarikh yang spesifik, sebagai anak yang baik, setiap hari merupakan hari untuk berbakti kepada kedua ibu bapa namun tarikh itu boleh dijadikan sebagai hari untuk adik bradik berkumpul dan meraikan bersama sama

Sebagai umat Islam pula sambutan hari ibu dan bapa ada batasannya, adalah lebih berkat jika kita meraikan dengan

1) solat berjemaah bersama ibu dan bapa serta adik bradik yang ada
2) doa kenyukuran dan majlis tahlil
3) melahirkan rasa syukur dengan nikmat diberi masa bersama keluarga
4) sambutan yang sederhana dan tidak membazir

Untuk rujukan bersama agar tidak lalai dalam menyambut hari ibu dan bapa elok lah chek dekat SINI

Sebagai peringatan untuk diri sendiri yang baik kita ambil jadikan teladan yang buruk kita tinggalkan di belakang jadikan pengajaran.


meraikan Mother’s Day dan Father’s Day adalah harus, terbuka kepada kedudukan setiap anak-anak. Sesiapa yang mendapati ianya dapat menggembirakan ibubapa mereka, maka teruskanlah. Namun sesiapa yang dapat mewujudkan ruang lain untuk menggembirakan ibubapa mereka tanpa terhad kepada Mother’s Day dan Father’s Day, sudah tentu ia adalah lebih baik. Penjelasan yang sama juga ditujukan kepada beberapa hari-hari yang lain seperti sambutan Hari Jadi. Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai – hadis no: 4163 (Kitab al-Bai‘ah, Bab berbai‘ah untuk hijrah).


Rujukan tambahan :

–  KENYATAAN JABATAN MUFTI SELANGOR –
SAMBUTAN YANG DI ANJURKAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir.
2. Sambutan yang baik  adalah dengancaramengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah  atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.
123. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.
4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.
5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.
6. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat,  dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.
7. Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak.
8. Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.
9. Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.
10. Didikan agama yang sempurna  adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.
PENUTUP.
Harus diingat, mengamal  dan mengikut budaya asing, terutamanya dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran
kerana perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak bahkan keimanan dan akidah, serta menjatuhkan maruah agama Islam itu sendiri. Umat Islam diseru agar tidak sesekali meniru budaya asing yang ternyata bercanggah apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan. Adalah diharapkan  semoga dengan adanya garis panduan
seperti ini akan dapat membantu umat Islam bagaimana untuk meraikan sambutanHariBapa, Ibu, Kekasih dan yang seumpamanya menurut perspektif Islam yang sebenar.
Disediakan oleh:
Jabatan Mufti Negeri Selangor.






RESEPI SUP AYAM KAMPUNG ROLLED OAT NA TANPA SENGAJA (BABY 11MTH)


Assalamualaikum....

Ingatan mama dah ke laut sejak dua menjak ni, boleh mama lupa yang beras kat dapur dah habis. Pepagi bangun siapkan lauk NA bila nak cedok beras uikss kosong, beras dah habis rupenye, hati mama dah gundah sambil berfikir fikir apa nak masak untuk budak tecit ni.

Ok tak pe, hari ni kita masak sup ayam kampung jer dengan kentang lenyek, sambil siapkan ayam tetiba mama terpandang rolled aot NA masa awal-awal start solid food dulu masih ada balance so mama pun buat lah resepi baru iaitu RESEPI ROLLED OAT SUP AYAM KAMPUNG TANPA SENGAJA.

Bahan-Bahanya

1) satu slice ayam kampung, ayam bandar pun ok jer,while NA tak start makan ayam kat luar lagi so kita bagi ayam kampung atok jer.
2) hirisan bawang putih dan bawang merah serta hirisan halia sikit jer ikut kesesuaian seorang baby
3) bunga lawang, kayu manis, cengkih yang ni jer ada kat rumah,
4) sebiji kentang di potong dadu
5) batang saddlery
6) sayur sawi
7) daun sup
8) roll oat
9) unsalted butter atau olive oil

Cara Memasaknya
1) akak rendam dan basuh sekejap jer rolled tadi dan ketepikan Sebenarnya cara penyediaan roll aot ni kena rendam dalam 12 jam untuk elak anak sembelit, kalo korang nak tahu teknik boleh cuba baca kat SINI

2) tumiskan bawang putih, bawang merah, haliah dan bunga lawang, kayu manis tadi menggunakan unsalted batu sehingga naik bau

3) masukkan air dan ayam serta kentang biarkan mereka mesra seketika

4) agak-agak ayam dah empuk masukkan pula rendaman oat tadi biarkan oat masak tak lama pun, agak-agak lembut

5) last sekali masukkan batang saddlery, daun sup dan sawi kemudian kacaukan mereka dan tutup api biarkan sejuk kemudian blend kan. dah siap untuk dihidang sangat mudah kan

*** kayu manis dan bunga lawang tu tak yah lah blend ye, tulang ayam kalo ada kuarkan baru blend tau nati tak pasal pasal anak tercekit ketika makan

ok lah itu saja cerita mama hari ni.. bai bai sharing is caring


akak beli organic roll oat mcm ni



amount ni NA makan sampai mlam



















dah siap masak, bila sejuk boleh lag di blend

suke ler tu mkn oat
diet sikit tau nati mok mok mcm mana

Monday, 24 April 2017

WARUNG MURAH AREA PUTRAJAYA

Assalamualaikum...

Hari ini sempat membaca utusan online berkaitan dengan warung sempoi area putrajaya, yang suka makan kat luar memang pening sikit bila bab mencari tempat untuk makan betul tak?? akak pun mcm tu jugak kekadang tu migraine jadinya khe keh keh tak da lah bab migraine tu tipu jer....

Memang boleh tahan murah ler masakan dia contoh Harga bagi masakan berasaskan ikan seketul ialah RM3, ikan seekor (RM3 hingga RM5); ayam (RM3 seketul); daging (RM3 hingga RM5); sayur (RM1); sotong sumbat (RM3); sotong biasa (RM3.50); telur dadar atau rebus (RM1 sehingga RM1.50) dan nasi sepinggang (RM1).


korang boleh chek artikel penuh kat sini : http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/warung-sempoi-baq-hang-pikat-warga-putrajaya-1.472177#ixzz4fEOQ6hSs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

TIP MENYELESAIKAN MASALAH SEMBELIT NA

Assalamualaikum

16hb may nati NA masuk 11 bulan, tak sabar nak tunggu NA masuk University hahaha ini memang kelakar, saja buat lawak hambar hari ni.

Sejak NA lahir lagi dia memang mengalami sembelit yang luar biasa, sembelit yang bukan calang calang mama boleh handle, yo lah mana taknya sembelit cecah rekod 18 hari tak po po, ada lagi ke yang paling lama dari NA.

NA menyusu bf dan fm, ketika itu akak tidak mempunyai ilmu berkaitan penyusuan, munkin itu penyebab terjebaknya dengan fm ditambah lagi akak mengalami nipple crack sehingga NA brumur 5 bulan, bila baby FM for sure lah anak kena po po sekurang kurang sekali sehari namun NA sukar untuk po po paling cepat pun dalam 4 hari dah tukar susu pun sama juga.

Berkat dari doa dan ilmu google maka masalah sembelit NA settle, kaedah yang akak gunakan ialah la la la la

1) Berbincanglah dengan pakar kanak-kanak anda dan salah seorang dr, telah menerangkan bahawa ada baby yang memang ditakdirkan proses pembuangan dia lambat tetapi itu bukan sesuatu yang tidak normal as long as dia tak sakit perut, perut kembung atau meragam sepanjang masa, ok settle NA tidak pernah mengalami situasi ini so lega

2)Bila NA dah mula solid food, lagi lah sembelit kan, kalo nak po po muka merah padam,air mata berjurai keluar tapi suara tak dak, sian tgk NA macam-macam cara akak fikirkan dan akhirnya berjaya selesaikan dengan cara

  • Kerap memberi air masak, terutama bila bangun tidur atau sebelum tidur
  • Puree lobak berkesan untuk NA
  • Puree epal lebih berkesan
  • Cuba stopkan sayur bayam dan sayur sawi yang ni akak tak paham kenapa menjadi punca sembelit
  • Cuba elakkan bagi makan pisang dan ubi kentang
  • Kledek oren dan keledek jepun pun boleh juga melembutkan po po anak
3) Kalo sembelit keras kan, akak cuba cangkungkan dia dan ajarkan dia teran, akak buat suara teran sekali insyaAllah po po kluar dengan jayanya

4)Cuba buka seluar dan longgarkan pampers dan berdirikan anak

ok itu sahaja cara NA mudah po po, Alhamdulillah ianya berkesan untuk NA



Sunday, 23 April 2017

MOHON SEDAR DIRI WAHAI SELLER MACAM AKU

Assalamualaikum....

Macam kasar pulak heading akak kan, saja jer nak buat suspend agar aku dan seller lain tak lupa diri la la la la. akak sebenarnya nak bagi tips jer kepada semua seller macam akak agar pembeli online tak meluat dan menyampah, aku lah tu kot kalo time busy moody. korang seller jangan tiru perangai macam ni tau berbudi bahasa budaya kita...

Tip Pertama 
Apabila custmer dah bank in duit tu cepat cepat lah reply agar custmer tak risau, yo lah mana tak risau kalo dah bank in ratus ratus tetiba ko jawab pun esok lusa, seller macam ni memang patut kena jirus. 

Tips Kedua
Bila customer tanya harga tu, bagi lah detail terui harga barang dan ciri-ciri barang yang custmer nak beli, ini idok bila custmer tanya ko jawab sepatah macam tak nak jual jer, kalo tak nak jual baik jangan iklan buang masa jer custmer direct pm

Tips Ketiga
Jangan lah kedekut taik hidung masin, kalo harga barang tu ada sen sen bagi lah discount ini tidak seposen pon nak kira, adoiiiiii fening mak nak bank in cash deposit. kalo custmer yang jenis tak tahu malu, sikit sikit minta discount contoh barang berharga rm101 minta kurang rm1 tu bagi jer lah, yang ko kedekut sangat ni dah kenapa, anggaplah sedekah esok esok dia datang beli lagi. dia pun happy dan doakan perniagaan kau berjaya

Tips Ke Empat
Ini sangat penting, bertanggujawablah sikit dengan kesilapan sendiri, kau dah hantar salah barang so kos pos penggantian barang engko lah sebagai seller patut tanggung ini idok kau suh pulang balek barang tu than kos pos ko suh custmer bayar, apa kes gini seller macam ni patut kena pukulan gaban

Tips Ke Lima
Please please semua seller bersikap amanah dan jujur, kalo custmer terlebih bank in tu pulang lah balek duit balance tu walaupun rm1, selitkan dalam parcel atau transfer back ke account customer ini idok engko boleh senyap krik krik krik at least ko bagi lah status duit balance tu nak transfer back atau selit kat parcel kan elok tu

Tips Ke Enam
Hamboi sebelum dapat duit bukan main lemak merdu sopan santun lagi engko melayan custmer tetapi bila dah dapat duit boleh engko bermalas malasan nak jawab pertanyaan custmer, engko biarkan jer wassup blue tick padahal dia nak tanya jer barang pos bile agaknya yer???

Tips Ke Tujuh
Ini lagi satu jenis spesis seller, langsung tak say tq kepada custmer, bila custemer dah bank in memang harem nak say tqvm atau bla bla bla bagi tau detail pos kan, engko dah kenapa senyap seribu bahasa buat custmer panik sejuta tau haishhh memang nak kena engko ni kan

Tips Ke Lapan
Ini memang sejenis yang suka memaksa, bila cutmer tanya tu tak semestinya dia nak beli, kot kot bila dengar harga memang dia rasa mahal dan tak mampu nak beli yang engko dok wasup berulang kali tanya bila nak bank in dah kenape..biarkan jer lah dia senyap dulu kot kot esok lusa rezeki dia ada, pandai lah dia wasup semula, kalo dia tak wasup tu ignore jelah anggap bukan rezeki hang..haish engko ni memang jenis memaksa jer kan

Ini semua pengalaman akak selama 3 tahun sebagai peniaga dan pembeli online walau apa pun kita bukan lah perfect tetapi kita cuba buat yang terbaik untuk semua.





GELI HATI DENGAN IKLAN FACEBOOK

Assalamualaikum....


video


Akak geli hati nengok iklan ini, lucu banget nampak sangat facebook dikuasai oleh semua golongan tak kira usia muda dan tua semua berlumba lumba membuka akaun Facebook.

Facebook ada pro dan conts nya, bukan semua buruk atau baik ia bergantung kepada individu itu sendiri, bagi yang mahu berfikir dan mengambil peluang maka hasilnya pun sangat awesome, ramai yang mencipta kejayaan melalui Facebook, realitinya juga ramai yang menjadi jutawan melalui facebook.

Secara jujurnya akak juga mendapat income sepenuhnya melalui Facebook, tidak pernah terlintas difikiran untuk meninggalkan kerjaya demi perniagaan online di Facebook dan setelah tiga tahun berkecimpung dalam perniagaan ini maka akak rasa korang juga patut mencuba ya samada menjadikan ia sebagai pendapatan sampingan atau pun sepenuhnya.


Selamat berhujung minggu u alss sharing is caring


Friday, 21 April 2017

LIRIK LAGU AMBOI DARI ALTIMET SANGAT BEST

Assalamualaikum..
Korang perasan tak, lagu Amboi yang dinyanyikan oleh Altimet makin top meletop dan setiap hari berkumandang di corong corong radio terutama sekali radio ERA, setiap beberapa jam akan dimainkan lagu ini, mula-mula akak dengar macam ntah haper haper jer lagu - lagu yang bercakap sorang sorang ni, tapi lama- lama dengar best pulak sebab pengajaran dalam lirik lagu itu sangat kena dengan era masa kini di Malaysia tanah air ku tercinta la la la la
Jom  kita goyang kepala, nyanyi sama-sama sambil menghayati lagi Amboi dari Altimet


Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah
Amboi amboi
Kalau mahu gaji besar tapi kerja sambil lewa
Amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Mari-mari tuan puan akak adik abang dengar ini cerita
Ambil teropong kaca mata tengok jenguk dipersila
Nak panggil waras susah tak baik kalau gelar gila
Ni kes sebelanga susu rosak akibat dua tiga titik nila
Bila masuk kerja tak pernah on time
Lepas masuk kerja dia terus online
Tak boleh buat kerja sibuk jaga hal orang lain
Tangan mengelat, kaki mengular, mulut celupar, lambat masuk, awal keluar
Siapa makan cili dia rasa pedas
Siapa rasa pedas kata aku main cakap lepas
Ambil baju ukur kat badan sendiri
Baru tahu kena setepek ke tempias sipi sipi
Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah
Amboi amboi
Kalau mahu gaji besar tapi kerja sambil lewa
Amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Tak baik tau pedas kaw kaw
Eh tak boleh gurau duduk surau
Ambil mc, royan kat FB, mengadu kat SB dan MCMC
Tarbiyah sentap punca pendekar papan kunci rentap
Masa mengkritik cekap lepas itu confirm lenyap
Keberanian atas talian kejadian harian
Omong kosong untuk lotong terus disajikan
Siapa makan cili dia rasa pedas
Siapa rasa pedas kata aku cakap lepas
Semua ambil baju ukur badan sendiri
Mana tahu kena setepek ke tempias sipi sipi
Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah
Amboi amboi
Tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa
Amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Sampai bila orang kita layu ditolong
(Sampai bila orang kita layu ditolong)
Ketua kampung gadai tanah untuk sepitis wang saku
(Ketua kampung gadai tanah untuk sepitis wang saku)
Tapi apa aku tahu aku cuma tulis lagu
(Tapi apa kami tahu kami cuma nyanyi lagu)
Bukan nak sekolahkan korang aku bahasakan aku
(Bukan nak sekolahkan korang aku bahasakan aku)
Amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi

BERSIHKAN HABUK DENGAN PAMPERS PAKAI BUANG

Assalamualaikum...

Korang tau tak fungsi lain pampers pakai buang selain terui masuk tong sampah, ia juga berfungsi membersihkan habuk yang terdapat pada almari kaca, cofee table atau furniture lain, dinding pun boleh juga tau, tetapi jangan lah guna pamper yang isi dalam dia po po anak, gunakan hanya yang ada kinsing sahaja kekadang tu anak kinsing sekali dua kita dah tukar dan terui masuk bin, macam sayang pulak pampers lawa lawa tetapi ending dia masuk bin so hakak nak bg dia tak lawa sebelum masuk bin ialah dengan lap habuk habuk yang ada kat rumah memang hasilnya bling bling berkesan u allssss,

Apabila mengelap menggunakan pampers ni habuk pun tak berterbangan so tak perlu nak lap banyak kali, makesure pampers tu gunakan permukaan luaran sahaja ketika mengelap, dont play play with this kang terpercik ke muka..

Ishhhhh Tak kotor lah....gunakan permukaan luar pampers untuk mengelap, nanti tangan akan rasa lembik2 githuu dah siap lap tu buang lah kat bin la la la la

Ada yang kata tak senonohnya tips hakak ni!!! akak pun rasa macaam kurang senonoh pun iyer kan...suri rumah lah katakan macam macam idea nak senang dan menang tapi memang berkesan lah

Maaf lah yer kalo tips akak ni kurang bersopan santun...

Ok lah bai bai u alss sharing is caring.....

meja ni memang mudah memerangkap habuk, satu hari  kena lap beberapa kali,setiap kali sapu lantai habuk yang berterbangan akan landing kat meja ni, sakit mata tgk habuk kat meja, itu yang tercetus nya idea membersihakn habuk dengan pampers pakai buang la la la la







Thursday, 20 April 2017

SI PREMIEE YANG MAKIN LASAK

Assalamualaikum...

NA ni macam bukan preemie pun hado, yang dulunya lahir tak cukup bulan kini sihat membesar bagai juara, Alhamdulillah syukur syukur Alhamdulillah.

First baby dengan kelahiran kurang 37 minggu, oh my way, aku yang Allah swt pilih bukan mudah untuk menghadapinya sorang-sorang dan hanya bertemankan suami, dengan ilmu penjagaan baby yang zero ditambah lagi proses penyusuan yang langsung tak tahu apa apa, aku hanya mampu berserah kepadaNya, ini kah yang dinamakan sebagai pengorbanan seorang ibu, aku redha melalui dugaan demi dugaan dan kini setelah melalui 10 bulan pertama, aku boleh menarik nafas lega NA makin sihat dan active Alhamdulillah.

Gelagat NA bila mama dan ayah bagi peluang untuk memanjat, u go go girl mama ayah ada kat belakang, jangan risau mama dan ayah akan sentiasa mengajarkan mu kehidupan dunia yang mencabar dan penuh pancarobah..



hamboi suke sangat ye 


  










Monday, 17 April 2017

KARPET YANG BOLEH DI BASUH MENGGUNAKAN MESIN

Assalamualaikum...

Pernah tak korang rasa liat sesangat nak pegang vacuum terutama nak bersihkan karpet tebal di ruang tamu atau bilik tidur...rasa macam nak masuk mesin basuh jer karpet tu kan tetapi apakan daya mesin basuh tak muat makanya terpaksa lah menggunakan vacuum jugak.

Kalo korang yang jenis tak leh move on tak ada carpet kat rumah dan lazy lazy sepanjang masa nak bersihkan carpet apakata korang cuba menggunakan patchwork carpet, sangat senang untuk dibersihkan semudah masuk dalam mesin basuh atau sidai sidaikan jer kat luar rumah untuk hilangkan habuk, patchwork carpet ni memang 100% cotton so mudah kering tak perlu tunggu berhari hari untuk kering, kekadang bila cuaca terik, dalam 3 jam dan bolehlah bentang semula

Hakak memang suka menggunakan carpet sejak dari dulu lagi, bila duduk landing di lantai ruang tamu, kaki dan motot tak lah rasa sejuk-sejuk berangin ghitew setelah wujudnya NA dalam kehidupan kitaorang maka bertamba kerap lagi lah membersihkan carpet, itu yang bertukar ke patchwork carpet

Korang nak tau tak karpet patchwork hakak ni beli di bundle penampang kota kinabalu tau, rm30 jer yang size paling besar, sangat murah tak setimpal dengan rupanya, kualiti sangat bagus, no more koyak koyak at all, bila adik akak belikan beberapa helai rasa terharu giler mana taknya hakak pernah beli rm160 size sederhana, melonjak kegirangan lah akak mohon dia belikan lagi sebanyak yang munkin la la la la

Korang yang berada di kawasan berdekatan boleh lah skodeng skodeng, bagi yang memang berminat dengan patchwork ni for sure akan beli lah sebab berbaloi baloi dengan harga murah

Tips lemah lembut sopan santun dari akak ialah sebelum membasuh patchwork carpet tu, pastikan washhine machine korang tu boleh menerima muatan sehingga 11kg ke atas, kalo idok maka menanti hangkang ler mesin basuh itu uhuk huk huk

ok lah u allsss sampai sini dulu bai bai sharing is caring

patchwork carpet bundle 7'x7' rm30 jer


tempat landing NA
cinonet mama

eh eh eh budak cinonet ni ade jugak yer
ni size paling besar patchwork carpet 8'x8' rm30 jer





Sunday, 16 April 2017

MENANGIS LAH KERANA ITU PERMULAAN UNTUK KAU LEBIH KUAT

Assalamualaikum..

Hai korang, Agak agak bila kali terakhir korang menangis,mmmmhhh setiap hari menangis dalam hati, atau kali terakhir ketika sakitnya melahirkan anak atau bilamana dirimu dikhianati atau atau tidak pernah langsung untuk menangis.... 

Menangis lah bila hati terluka, menangis lah bila hati kecewa, menangis lah bila diri disakiti, menangislah sepuas puasnya kerana disitu timbulnya kekuatan, menangis bukan bererti Lemah tetapi sebagai permulaan menambah kekuatan diri

Lontarkan lah tangisan itu, lontarkan sehingga hati mu puas,  kerana tangisan itu boleh kembali melembutkan hati yang keras, tangisan itu boleh mengentalkan jiwa yang lembek jangan malu menangis tetapi malulah jika tidak pernah menangis di hadapan Allah swt.

Kerana air mata mu yang mengalir dihadapanNYA tidak munkin sia sia, rasai lah betapa nikmatnya tangisan itu, tangisan yang akan menyinari hati yang kelam, mengembalikan cahaya yang suram, menguatkan jiwa yang rapuh.

Rasai lah betapa nikmatnya menangis ketika bersujud, meluahkan segalah yang terpendam, menceritakan apa yang terbuku, melepaskan rasa rindu, rindu bertemu dengan Nya di malam hari.

Menangislah memohon keampunan dosa yang telah lama ditinggalkan, dosa semalam, dosa pada hari ini dan dosa di masa akan datang, semoga dengan tangisan ini akan menjadikan anak dan keturunan ku lembut hatinya untuk mengenal Allah swt, mencintai alam semesta kurniaan yang maha Esa dan baik budi pekerti sesama manusia.

Amin Ya Rabbal Alamin...









Thursday, 13 April 2017

KHASIAT KELEDEK UNTUK BAYI DAN IBU KORANG PATUT JADIKAN SEBAGAI STOK DI RUMAH

assalamualaikum ...


hakak sebenarnya nak share tentang khasiat sweet potato/keledek untuk baby dan mak mak, hakak baru sedar tentang khasiat keledek 4 tahun lepas, ketika diperkenalkan oleh seorang kawan, di situ lah bermulanya pengetahuan akak tentang keledek, ghupe-ghupenya keledek banyak jenis, ingatkan satu jenis jer yang selalu jupa bersama ayam masak kari tu.buat masa ini akak hanya jupa keledek warna oren, ungu dan japanese sweet potato tapi sebenarnya banyak lagi. munkin kena explore banyak tempat untuk dapatkannya 

walaupun akak hanya dapat 3 jenis sweet potato untuk stok kat rumah namun itu sudah memadai untuk merasai khasiat dia, taste dia pun memang ummmmhhh sangat sedap dan manis, bagi mak mak yang diet sweet potato pilihan tepat untuk dijadikan kudap kudapan.

sweet potato ini sangat kaya dengan carbohydrates dan beta-carotene, selain daripada itu ia juga mengandungi banyak nutrien yang memang diperlukan oleh badan kita seperti potassium, calcium, serta vitamin A,C dan B-complex itu sebabnya korang mak mak macam akak patut memperkenalkan sweet potato pada anak-anak, lagi pun seriously nak sediakan sangat senang dan sepantas rebus2 jer dah tunggu sejuk bagi anak makan.

ok akak share lagi sedikit khasiat dia ye
1. kaya dengan vitamin A dan beta-carotene yang baik untuk kesihatan mata bayi dan sangat sesuai sebagai permulaan memperkenalkan solid food kepada bayi 6 bulan 
2. rendah lemak dan cholesterol free, kan dah kata sangat sesuai untuk mak yang diet selain tak perlu risau bila anak makan banyak tak menggemukkan pun

3. Sweet potato juga sumber multivitamin bukan setakat vitamin A tetapi banyak lagi seperti C,E,K dan vitamin B1 hingga B6 dan B9 yang mana semua ini sangat diperlukan untuk perkembangan organ badan baby. 

banyak kan khasiat keledek ni so korang boleh lah cari dan simpan stok kat rumah kalo ada resepi boleh share hakak nak tiru la la la la

ok bai bai sharing is caring 



japanese potato yang direbus kemudian di lenyek lenyek menggunakan sudu





NA siap habiskan sarapan pagi keledek tadi
dah nagantuk nak tido ke mandi







mata dah kuyu rasa rasa tido dulu baru mandi, lepas mandi nak makan nasi pulak


Wednesday, 12 April 2017

KORANG JUGA PATUT FOLLOW FB DR.ZUBAIDI

Assalamualaikum...


setiap kali melayari ruangan FB, pasti hakak tercari cari nama inDr.Zubaidi, banyak info kesihatan yang hakak boleh hadam bila dia berbicara berkaitan topik itu, sangat simple dan mudah difahami oleh orang seperti hakak yang malas nak membaca panjang lebar berkaitan kesihatan. 

macam macam topik kesihatan dikongsikan, kadang-kadang hanya perkongsian yang mudah namun kita abaikan, yang mana kita pernah dengar sebelum ini tetapi lupa untuk diamalkan so apabila dia berkongsi di ruangan FB terasa macam ada juga yang memberi ingatan dan berkongsi ilmu, korang pun patut follow dia di FB, hakak suka nak share perkongsian dia di fb hari ini so hakak copy  paste jer kat bawah ni ya....

Bila bangun pagi, selalunya kita rasa lapar. Sebenarnya rasa lapar itu disebabkan tubuh kita dehidrasi kerana tidak mendapat bekalan air sepanjang kita tidur.
Sebaik bgn tidur, saya mengambil segelas air kosong, dua sudu SAKANJABEEN dan dua sudu minyak zaitun untuk tenaga sehingga makan tengahari.
Ia adalah latihan awal sebelum kita menjalani puasa bulan RAMADHAN. Biasakan perut kita kosong. Insya ALLAH memberikan manfaat kesihatan.
PM saya untuk SAKANJABEEN 0137610576

ok lah tu...bai bai sharing is caring 

TIPS MEMILIH TELEFON UNTUK SI PENIAGA ONLINE

Assalamualaikum

Akhirnya, berakhirlah sudah kesenduan telefon hakak setelah iphone 7 kumiliki...harap selepas ini tiada lagi masalah kiok semasa membalas wassup custmer la la la la

Sebenarnya telefon adalah medium paling penting dalam memulakan perniagaan online..orang kata telefon umpama sebuah kedai bagi seseorang peniaga online,betull lah kot yer dak....bagi hakak telefon apa2 pun boleh jer digunakan untuk menjalankan perniagaan online janji ada wasup dan line internet, kalo telefon cun melecun, canggih manggih tapi line internet kiok maka mau jadi hapeee

namun telefon pintar atau smartphone adalah lebih mudah dan cepat bila berhubung dengan pelanggan,terdapat banyak aplikasi yang boleh di download untuk memudahkan sesebuah perniagaan online yang active contohnya fb page, wechat, shoppe, chorosul dan banyak lagi

kalo hakak lah kan yang paling penting adalah bahagian camera sesebuah smartphone ini kerana kain pasang hakak sentiasa nak berselfie, kejap kejap custmer nak gambar real kejap kejap nak gambar matchy matchy...kalo jupa pulak custmer yang semua warna dia request untuk ambil gambar baru padahal dah ada gambar selonggok disediakan, hakak memang tak larat nak layan so hakak babai kan jer lah ku tinggalkan kau dengan senyuman.

semenjak berniaga online almost 4 tahun, ini adalah telefon yang ke 3 hakak gunakan, terasa macam buka kedai baru pulak bila bertukar telefon la la la la, rasa bersemangat waja nak capai sales yo lah mana tak semangat kalo duit dah keluar beli telefon kan, munkin juga inin salah satu cara hakak nak reward diri sendiri ape..

sedikit tips untuk peniaga online yang active dan sedang berfikir untuk membeli telefon,pemilihan capacity storan RAM sesebuah telefon perlu diutamakan samada menggunakan 16GB 32GB 128GB 256GB, semakin besar capacity telefon itu maka semakin banyak lah data yang boleh disimpan, makanya juga bila sudah kapasiti besar dengan itu harganya juga lebih mahal dong..

kalo korang mementingkan telefon yang up to date dan fungsi yang lebih menarik apakata try menggunakan jenis iPhone, kalo korang nak dapatkan detail iphone pegi jer ke website apple atau pun korang chek kat lazada

alahai itu jer ke tipsnyer....ok kan jelah janji hado....

ok ba bai sharing is caring

hakak pilih pink rose, sebab hitam tak menawan langsung di mata hakak




Tuesday, 11 April 2017

RESEPI POTATO WEDGES UNTUK NA ALA ALA MEKNONALD

assalamualaikum...

NA dah 10 bulan, makan pun makin banyak sementara gigi satu persatu tumbuh maka selera pun dah jadi luar biasa dari kebiasaan. sudu garpu, karpet kusyen bantal semua nak dikunyah..

mama pun fening setiap hari mencari menu teething yang sihat untuk dia while mama still tak mau guna garam. gula atau perasa until NA 2 years old



Bahan bahan 
1. kentang yang di potong panjang2
2. air rebusan ayam 
3. mix herb - jika ada
4. unbleached flour 

cara membuatnya

1.rebus kentang yang dipotong tadi menggunakan stok rebusan ayam

2. Biarkan empuk seketika kemudian keluarkan
3. Sediakan bancuhan unbleached flour dengan sedikt air rebusan ayam tadi kemudian salutkan bancuhan tepung dngan kentang tadi

4. Kemudian goreng menggunakan virgin oil
5. Dah siap...hidangkan bersama susu ibu

macam ni ler ghupenye walaupun tak sama macam wedges mekdi tapi masih makanan sihat utk NA

bukan main suka bila dapat makan

bertambah tambah NA makan sedap sgt ler tu






hamboi pukul 10pm pun nak kunyah kunyah ker..layankan jer lah nasib baik ada balance wedges ptg tadi

Thursday, 6 April 2017

KORANG JANGANLAH MARAH BILA SELLER TAK DISPLAY HARGA KERANA PM KORANG TU SANGAT BERHARGA BUAT SELLER

assalamualaikum

Semenjak menjalankan perniagaan online, hakak selalu sangat terjumpa comment pengunjung fb suh letakkan harga di setiap iklan, ada yang merungut rungut kenapa nak kena 'pm' bagai baru nak bg tau harga, ada juga yang membebel panjang kat ruangan comment kadang tu terjumpa yang memberikan hujah seoalah olah dia lah ustaz kazim, dia kata kalo seller tu jujur dan ikhlas dalam perniagaan dia akan display jer harga macam kat pasaraya tu, buat pe nak sembunyi harga.

Kebiasannya bila terbaca sungutan pengunjung fb di setiap iklan hakak, hakak sengeh dan berlalu begitu saja,dalam hati suatu hari nati bila kau dah menjadi peniaga online baru ko tahu fungsi sebenar PM (private message), siap doa dr hakak tu...

Enkorang kat luar sana jangan lah marah2 tau bila seller tak display harga bukan ape, ini adalah salah satu strategy perniagaan online, bila korang tinggalkan perkataan 'pm' kat ruangan komen maka makin aktive lah iklan tersebut berjalan contohnya si A letakkan pm di ruangan coment maka kawan2 si A iaitu B akan melihat komen tersebut dan si B pula juga berminat dengan iklan tadi dan meninggalkan komen pm maka kawan2 si B tadi pun dapat melihat iklan tersebut begitu lah seterusnya...nampak tak connectivity iklan tadi active kan

Akan tetapi bila seller display harga maka semua orang dah tahu harga so buat per nak minta pm lagi kan, dalam hati tunggu dah ada duit nati baru ku wasup so iklan tadi tak active maka makin kurang lah pengunjung fb yang melihatnya...bila kurang maka sell pun menjadi krik krik krik kesian seller u allsssss

Dan satu lagi bila pm bnyak kat ruangan komen maka orang ramai lebih yakin dengan produk tersebut, ini berkemunkinan dah ramai yang membelinya kalo pm setakat hidup segan mati tak mau ada dua tiga biji jer....hakak nak beli pon takott so hakak cari lah seller lain yg meriah pm dia





ok macam tu lah kesahnya....mostly peniaga online memang tak display harga, semua minta pengunjung fb tinggalkan 'pm' kat ruangan comment, kat sebelah tu contoh iklan akak yang viral dalm 3.5k komen dan lebih 1k shares, alhamdulillah kain pasang sakura cotton ni dah masuk dua tahun akak jual, sebenarnya dah masuk 4 tahun kot cuma kain ni stop sekejap dan kembali semula dengan nama dan kualiti yang sedikit upgrade dr yang sebelum ini.













ini adalah contoh custmer yang meninggalkan 'pm' diruang komen







                                         dan hakak akan meninggalkan msg seperti ini

Wednesday, 5 April 2017

PERSEDIAAN BILA FRIEND LIST FB CECAH 5K ABOVE

Assalamualaikum...


sebenarnya hakak nak bercerita berkaitan dengan kekalutan ketika fb personal bertukar ke fb page, masa tu memang tak tau hape2 ingatkan makin ramai friend makin seronoklah  berniaga ghupe ghupenye idok ler teman, bila dah cecah 5k friend, fb personal tadi automatik bertukar page.

fb page pulak ghupe ghupenya sunyi sepi ajer, update lah pun pang pung pang kat wall tu, tak da seorang pun yang nengok nyer, kalo ada pon yang nengok seorang dua ajer, mhueeeee nak niaga macam mana kalo gitu, seorang pun tak tinggalkan komen utk pm..time ni hakak memang hilang arah sehari dua jugak lah ingatkan boleh berbangga dengan jumlah friend yang ramai memandangkan semua list friend mempunyai potensi yang tinggi untuk membeli kain pasang,namun bila dah bertukar menjadi fb page maka hakak pun krik krik krik.

tuan mak zuke kata fb personal tu hanya untuk menghubungkan antara kawan-kawan dan keluarga sahaja maka dengan itu friend list dihadkan hanya 5k, fb personal bukan untuk mengembangkan perniagaan,kalo nak berniaga sign in page yang telah disediakan haaaa cenggitu katonye..ada ku kesah.

bila guna page pulak nak orang tgk moment kita lalu lalang maka dengan itu haruslah menggunkan fb adss yang berbayar. fb adds pula paling cikai pun rm3 sehari itu pun limited jer orang yang boleh tengok wall korang.

nak tak nak hakak terpaksa lah menggunakan fb ads, mau tak terpaksa kain pasang dah penuh satu rumah nak jual macam mana kalo fb sunyi sepi jer, tak dak sorang pun yang tinggalkan komen maka dengan itu, disini lah permualaan hakak menggunakan fb adds sehingga ke hari ini.kalo korang nak tau page yang ada bertulis 'sponsored' sebenarnya iklan berbayar menggunakan fb ads

cerita ini berlaku tiga tahun yang lepas ketika permulaan hakak berkecimpung dalam perniagaan online menggunakan medium fb personal sahaja, hakak rasa fb makin banyak berubah, munkin sekarng ni dah lain, atau korang boleh share jugak pengalaman berniaga menggunakan fb personal..

ok lah hakak nak sambung sidai kain, nati ada masa yang panjang hakak share pulak pengalaman berniaga online

bai bai sharing is caring...............










Tuesday, 4 April 2017

RESEPI SUP JAGUNG IKAN SALMON UNTUK BABY 8 MTHS ABOVE

Assalamualaikum…
Nur Aqeela (NA)  dah 9 mths so macam2 menu yg hakak boleh sediakan utk dia, hari ni hakak sediakan sup jagung ikan salmon bersama nasi ala2 resepi mak mak yg tengah lapar
bahan-bahan
  1. ikan salmon yg dah dibuang tulang, quantity ikut suka nak bnyak mana (ikut mulut anak yg nak makan tau bukan ikut mulut mak hahaha)
  2. jagung manis yg dah di ceraikan dr tangkai (ntah betul ke ayat tang tangkai tu)
  3. satu biji keledek jepun, bagi rasa lemak manis
  4. sedikit timun jepun memandangkan nak habiskan timun jepun so kita masuk je lah
  5. sedikit lobak, biar nati anak senang nak po po
  6. nasi ( sekali masak dengan nasi satu rumah nak makan, nati amek sedikit ikut mulut anak nak makan tau)
bahan-bahan lain penyedap rasa
  1. unsalted butter utk menumis (tak mau garam dan gula tau sehingga lah anak pandai memilih makanan sendiri guna bahan2 perasa dr sayur atau buah)
  2. bawang merah
  3. bawang putih
  4. bunga lawang
  5. kayu manis sebagai pemanis makanan
  6. daun sup
cara memasaknya
1.panaskan unsalted butter
2.kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, bunga lawang dan cengkih sehingga mewangi macam stacy dan akim
3. lepas tu masukkan pula air, agak2 air dah mendidih masukkan pula jagung manis dan keledek jepun tadi, biarkan seketika sehingga lembut, tutup kuali agar jagung dan keledek cepat empuk,
4. rasa rasa dah nak empuk (jagung dan keledek tadi) masukkan ikan salmon  biarkan salmon keledek dan jagung masak sekali
5. jgn lupa masukkan carot dan timun jepun
6. dan akhir sekali sebelum tutup api masukkan daup sup
7. biarkan sejuk dan blend kan bersama nasi, blend kan ikut tekstur umur anak atau ikut kesukaan citasa rasa anak yg nak makan…mak mak nati bila anak dah kenyang ada lebihan maka mak mak boleh letak kicap dan makan bersama lauk semalam so mak tak terkilan melihat anak makan sorang hahaha
selamat mencuba u allsssss
 muka NA kekenyangan 

CARA INSTALL WATSUP WEB DI DESKTOP SO KORANG TAK YAH REPLY WATSUP KAT HPON

assalamualaikum...

pernah tak korang rasa macam over stress seketika bila batery hpon sentiasa kiok jer, asyik2 nak kena charge dah pulak charger jenis kabel pendek dah tu plug pulak kat bucu bucu disebalik sofa, kita nak golek2 sambil me reply watshup pun jadi leher terpaksa dipusingkan beberapa degree agar selesa namun tetap hangin satu badan kan dan dan ahli perniagaan yg custmer riban riban serta watsup yang masuk pun ooo mak oiii hpon sampai jam giler u alllss..

tapi sekarang korang tak yah risau, korang install jer watsup web kat deskstop, sambil2 berblog korang leh jawab watsup sekali kat destop so hpon biarkan charging di bawah sofa apa ku kesah aku dah selesa menjawap watsup kat desk stop la la la la

caranya sonang jer ikut jer cara kat bawah ni yg mana nak copy u allss copy jer.



1) korang copy yg ni kat deskstop https://web.whatsapp.com/


nati dia akan keluar gambar macam kat sebelah ni korang tanda lah
yang kotak 'keep me sign in' meaning that kalo korang off desktop atau tetiba black out ker, korang tak yah buat sekali lagi benda ni just buka jer balek web tu automatic watshup keluar macam biasa.





2) korang amek smartphone cangih mangih korang tu, cari  whatsapp web sebelah kanan dan cuba clik kat situ dan dia akan kuar camera scan code



2) pastu kan tgk tak bulat warna hijau yg tulis 'click to reload'..ok bila korang click dia akan jadi segiempat berwana hitam macam gambar kat bawah ni manakala hpon kat tangan korang tu tekan whatsup web, dia akan keluar scan code so scan kan betul2 kat kotak hitam segiempat tu sampai lah dia loading


3) tunggu dalam satu minit macam tu dia akan keluar semua list whtasup korang tadi sebijik macam kat hpon, so korang leh lah menari riang gembira sambil menjawab wthsup la la la la ada ku kesah battery hpon kiok la la la la


selamat mencuba u alss harap korang faham lah penerangan hakak kat sini, sebab hakak ada masalah sejak azali lagi sentiasa berfikir macam ni ' aku paham tapi tak pandai nak explain kat hang' krik krik krik



Sunday, 2 April 2017

LINK WATSUP



Assalamualaikum...

hakak rasa korang semua dah tahu kot cam mana nak senangkan customer  bila nak direct wathsup hpon korang, tak yah lah diorang susah2 nak copy paste no telefon than baru nak wathsup..

walaupun korang semua dah tahu caranye tp hakak nak bagi tau jugak kat sini cara dia yg paling sonang. korang copy jer link kat bawah ni than tukar  no hpon korang lepas tu letak lah kat wall fb memasing bila promote produk korang nati








ahli ahli perniagaan semua selamat mencuba nah....kalo gagal tu maknanya korang lupa no telefon 
sendiri krik krik krik...



yg ni fb hakak yg no 2 


KUASA FB

assalamualaikum


dulu hakak adalah salah seorang remaja yang suka berselfie dengan semangat yg luar biasa sentiasa meng hupdate status yg entah apa2 jer, jiwa remaja lah katakan dan setelah berkahwin dengan encik matzam maka dunia itu ku buang jauuuh dari dalam diri dan ku letakkan azam utk tidak mempunyai fb, aku inactive kan account fb dan tidak berfb selama setahun termasuklah berselfie hahaha...setelah setahun berlalu ramai pulak kengkawan mencari dan bertanyakan account fb, tak ku sangka kuasa fb ni sangat power boleh melunturkan hati ku untuk kembali berfb semula tetapi tidak untuk berselfie hahaha macam tak sesuai dengan umur hakak dah..dan akhirnya bukan setakat satu fb yang aku ada tetapi 6 fb termasuk dua pages dan 1 page yg di flagged oleh mak zuke masa tu followers hakak dah cecah 30k kot, kejam tak tak hingat kan tuan mak zuke ni, seminggu jugak aku hilang arah, mana tak nya custmer aku pun hilang sekelip mata...itu lah salah satu cabaran berniaga di fb, itu yg hakak memupuk rasa cinta utk berblog demi kelangsungan perniagaan online hakak.

ok lah ape dah melalut sekejap....sebenarnya hakak nak share senarai fb yg best untuk korang follow dan mereka juga ada yang active berblog, perkongsian mereka sungguh berharga dan memberi manfaat pada kita yg suka membaca dan menjaga kesihatan sepertiku
huk huk huk




copyright RESERVED For LULU MATZAM | Template Design By SIS HAWA

Recent Comment

FOLLOW ME